RSS

Wednesday, January 14, 2009

Aktiviti santai DEMI

Sungguh ceria dan menghiburkan. Terima kasih kepada Puan Rozita dan suami kerana telah menaja aktiviti yang memang sungguh bermakna dan meninggalkan kenangan terindah kepada ahli yang terlibat. Penulis berpendapat aktiviti seumpama ini memang berbaloi sekiranya dapat dijalankan pada setiap bulan memandangkan aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan diantara ahli kelab.

Kini, Kelab DEMI sudah berada pada fasa "kebangkitan" setelah lama berada pada fasa "mendatar". Aktiviti sebegini sebenarnya merupakan salah satu pemangkin yang dapat membantu kebangkitan semula kegemilangan Kelab DEMI.

Banyak aktiviti yang dilakukan pada hari itu, BBQ, mencari remis, beriadah di pantai, memasak bersama-sama dan sebagainya. Apa yang penting, setiap makanan yang ada adalah hasil masakan kami sendiri. Penulis tabik kepada Puan Rozita kerana telah berjaya menjalankan tugas selaku penasihat kelab dengan jayanya dan insyaallah dalam masa beberapa bulan lagi Kelab DEMI akan sebaris dengan kelab-kelab terkenal yang lain.

Lihat gambar dibawah, kerana ia menggambarkan segalanya...







































Apa yang penting, Kelab DEMI bukan sekadar untuk debat semata-mata. Namun kami mementingkan keakraban sesama ahli dan juga penerapan kasih sayang di antara setiap anggota. Setiap program yang dijalankan mempunyai agenda tersendiri di mana akan memberi kesenangan dan kemudahan pada masa akan datang. Semangat kerjasama, tolerensi, keyakinan dan berani perlu ada untuk kita menjadi insan yang mempunyai jati diri yang hebat.

Diharapkan Kelab DEMI terus maju pada masa yang akan datang.
SEKIAN..

1 comments:

Anonymous said...

tq puan rozita..