RSS

Thursday, January 21, 2010

Perdebatan Persahabatan UMT dan UDM

Bersempena dengan penganjuran Pertandingan Debat Piala Naib Canselor kali ke-7 Universiti Malaysia Terengganu, Kelab DEMI telah menerima jemputan untuk mengadakan perdebatan persahabatan dengan Universiti Darul Iman Malaysia pada 18 Januari 2010 lalu bertempat di UDM.

Tujuan perdebatan persahabatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta Debat PNC UMT kali ke-7 tahun ini. Sambutan yang diberikan oleh peserta-peserta PNC kali ini amat memberangsangkan apabila seramai 2o orang peserta bersama 4 orang senior Kelab DEMI telah turut sama ke UDM untuk menjayakan debat persahabatan ini.

Berikut adalah butir-butir pertandingan:
Usul : ISA Perlu Dikekalkan
Kerajaan : UMT (pelajar tahun satu Kelab DEMI)
Pembangkang : UDM (pelajar tahun akhir jurusan Undang-undang)
Pendebat Terbaik : Firasysafra Din (UMT)
Keputusan : Usul ditolak

Hakim perdebatan kali ini ialah Encik Syahmi Mokhtar yang merupakan wakil Kelab Belia negeri Terengganu. Perdebatan persahabatan ini diadakan di Mahkamah Moot dan turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Fakulti Undang-undang UDM dan pensyarah undang-undang UDM.


Suasana dalam Mahkamah Moot, Fakulti Undang-undang UDM

Wakil dari DEMI UMT (dari kiri: Firasysafra, Aminuddin dan Nurul Jannah)

Wakil UDM iaitu pelajar tahun akhir jurusan undang-undang UDM

Hakim pertandingan serta para penonton yang memenuhi mahkamah ketika persidangan

Terima kasih dirakamkan kapada saudara Ahmad Borhan Sidqqi selaku presiden Kelab Undang-undang UDM yang sudi menjemput kami untuk bersama-sama berlatih bagi memantapkan prestasi debat masing-masing. Tidak dilupakan kepada Encik Syahmi Mokhtar dan isteri yang sudi meluangkan masa menjayakan aktiviti ini.

Diharapkan dengan pendedahan awal ini, para peserta dapat menambahkan lagi ilmu perdebatan dan minat anda dalam dunia debat. Untuk makluman umum juga, latihan debat akan diadakan pada setiap Rabu, jam 9 malam di Parking Blok B1. Teknikal dan konseptual perdebatan akan dibimbing oleh jurulatih debat UMT iaitu Cik Kamaliah Kasmarudin yang juga merupakan Alumni DEMI. Latihan ini diadakan secara terbuka kepada sesiapa yang berminat dan ingin menyertai PNC. Kehadiran dan penyertaan anda dialu-alukan.

~Debat Menjana Minda Intelektual~

0 comments: