RSS

Saturday, February 7, 2009

Tahniah dan terima kasih...

Pada 1-6 Februari 2009 yang lalu, Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) telah menyertai Minggu JKPP dimana DEMI telah membuka satu gerai menjual makanan buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan DEMI. Tujuan Gerai DEMI ini diwujudkan adalah untuk menambahkan pendapatan Kelab DEMI dan memupuk kerjasama di kalangan ahli selain menambah skil dalam komunikasi dengan pelanggan.

Alhamdulillah, walaupun baru kali pertama membuka gerai, Gerai DEMI mendapat respon positif dari para pelajar UMT. Menu-menu utama yang disediakan adalah Roti Jala, Murtabak Maggi dan Sup Kentang. Manakala menu sampingan yang dijual setiap hari adalah Scallop Ayam, Wedges, French Fries, ‘Cocktail’, Kek Coklat dan Kerepek.

Ramai ahli DEMI yang turun padang dan bersama-sama memerah keringat bagi menjayakan Gerai DEMI ini. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, namun sempat meluangkan masa dan memberikan sedikit komitmen terhadap kelab. Terima kasih diucapkan kepada semua. Sekalung peghargaan juga buat Puan Rozita diatas sokongan dan bantuan yang diberikan. Semoga Kelab DEMI terus maju ke hadapan dan menjadi kelab yang cemerlang pada masa akan datang.

Tuesday, February 3, 2009

GERAI DEMI

Sempena Minggu JKPP yg akan berlangsung pada 1 hingga 6 Februari ni, Kelab DEMI akan buka satu gerai yang menjual beraneka jenis makanan.. Gerai DEMI berada pada kedudukan yang kedua dari hujung bersebelahan asrama B1 (blok perempuan).

Serbulah gerai DEMI! Macam-macam yang menarik menanti anda.....

MENU MAKANAN GERAI DEMI

Setiap hari 1-6 Februari 2009

  • Fishball - RM1 satu
  • Scallop ayam - RM1 satu
  • Squidball - RM1 satu
  • Crabball - RM1 satu
  • Nugget - RM1 satu
  • French Fries - RM1 secawan
  • Sosej - RM0.50 setiap cucuk
  • Wedges - RM1 setiap bekas
  • Hashbrown - RM1 satu
  • Cocktail - RM1 secawan
  • Kek Coklat - RM1 sepotong
  • Kerepek - RM1.30 satu paket

2 Februari 2009

  • Roti jala - RM1 setiap 4 roll + kari

3 Februari 2009

  • Murtabak maggi - RM1 sebiji
  • Popia - RM1 4 biji

4 Februari 2009

  • Coleslaw potato + roti France - RM1.50 secawan
  • Sup kentang + roti France - RM1.50 secawan

5 Februari 2009

  • Fruit salad - RM1.50 secawan
  • Fruit yogurt - RM2 secawan

Diharapkan ahli-ahli DEMI sekalian turun bersama-sama dan bekerjasama untuk menjayakan jualan di gerai ini..diharapkan kita boleh dapat untung dan tambah duit kelab...semoga berjaya!

Wednesday, January 14, 2009

STRUKTUR ORGANISASI INDUK KELAB DEBAT MAHASISWA INTELEKTUAL (DEMI) SESI 2008/2009

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Tertinggi baru Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) sesi 2008/2009. Semoga dengan perlantikan MT dan exco baru ini dapat meneruskan perjuangan kelab dalam menjadikan Kelab DEMI sebagai sebuah organisasi yang baik dari segi pengurusan, pentadbiran dan juga dalam arena perdebatan. Semoga DEMI menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. SELAMAT BEKERJA BERSAMA!

STRUKTUR ORGANISASI INDUK KELAB DEBAT MAHASISWA INTELEKTUAL (DEMI) SESI 2008/2009

PENASIHAT : PUAN ROZITA BINTI JAYUS

PRESIDEN : NURUL HADIJAH BINTI IDRIS
NAIB PRESIDEN 1 : JAMES JAM A/K JOLLY
NAIB PRESIDEN 2 : MOHD HELMY BIN MOKHTAR

SETIAUSAHA : WAN MAHFUZAH BINTI WAN IBRAHIM
TIMBALAN SETIAUSAHA : DAYANG SYAZWANI AWANG NANAK

BENDAHARI : IZZATUL HUDA BINTI ABDUL GHAFFAR
TIMBALAN BENDAHARI : IZZUDIN BIN AZIZ

EXCO PUBLISITI :
1. ALIASHIM ALBANI
2. FARIDAH MARINCHIL

EXCO LATIHAN DAN LOGISTIK :
1. MOHD NASRUL HADI BIN AZHAR
2. ADAWIYAH MOHD NASRUDDIN

EXCO AKADEMIK :
1. HAMKA BIN JAAFAR
2. MOHD AIZAT MD HAWARI

EXCO REKREASI :
1. MUHAMMAD FAIZ BIN ROSLAN
2. ASHWINDER KAUR GILL

Maka dengan ini, diharapkan kepada semua ahli Kelab DEMI dapat memberikan kerjasama dan komitmen dalam memajukan lagi Kelab DEMI. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


Click here to get the Code



Aktiviti santai DEMI

Sungguh ceria dan menghiburkan. Terima kasih kepada Puan Rozita dan suami kerana telah menaja aktiviti yang memang sungguh bermakna dan meninggalkan kenangan terindah kepada ahli yang terlibat. Penulis berpendapat aktiviti seumpama ini memang berbaloi sekiranya dapat dijalankan pada setiap bulan memandangkan aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan diantara ahli kelab.

Kini, Kelab DEMI sudah berada pada fasa "kebangkitan" setelah lama berada pada fasa "mendatar". Aktiviti sebegini sebenarnya merupakan salah satu pemangkin yang dapat membantu kebangkitan semula kegemilangan Kelab DEMI.

Banyak aktiviti yang dilakukan pada hari itu, BBQ, mencari remis, beriadah di pantai, memasak bersama-sama dan sebagainya. Apa yang penting, setiap makanan yang ada adalah hasil masakan kami sendiri. Penulis tabik kepada Puan Rozita kerana telah berjaya menjalankan tugas selaku penasihat kelab dengan jayanya dan insyaallah dalam masa beberapa bulan lagi Kelab DEMI akan sebaris dengan kelab-kelab terkenal yang lain.

Lihat gambar dibawah, kerana ia menggambarkan segalanya...







































Apa yang penting, Kelab DEMI bukan sekadar untuk debat semata-mata. Namun kami mementingkan keakraban sesama ahli dan juga penerapan kasih sayang di antara setiap anggota. Setiap program yang dijalankan mempunyai agenda tersendiri di mana akan memberi kesenangan dan kemudahan pada masa akan datang. Semangat kerjasama, tolerensi, keyakinan dan berani perlu ada untuk kita menjadi insan yang mempunyai jati diri yang hebat.

Diharapkan Kelab DEMI terus maju pada masa yang akan datang.
SEKIAN..

Wednesday, April 2, 2008

Could we love each other?



We sharing, caring and loving each other...

Saturday, March 1, 2008

Latihan Debat 29 Februari 2008





Tempat: Kafe Asrama UMT
Tarikh: 29 Februari 2008
Masa: 9.00 - 10.30 malam
Usul: CINTA MAHASISWA CINTA SEMENTARA
Kerajaan: Fizah (PM), Zanita (TPM), Intan(M.Pertahanan)
Pembangkang: Kama (Ketua Pembangkang"Mumtaz"), James ("Shah Jahan"), Jijah ("Taj Mahal")
YDP: Wan
Penjaga Masa: Berry


Friday, February 15, 2008

Pencapaian DEMI sepanjang zaman

  • Debat Diraja 2005(UKM)kategori muda Separuh Akhir
  • Laila Mazni : Kedudukan ke-6 senarai Pendebat Debat Diraja 2005
  • Debat Alam Sekitar 2005 Suku Akhir
  • Debat Perpaduan 2005 (MMU) Separuh  Akhir
  • Debat Alam Sekitar 2006 (USM) Suku AKhir
  • Debat Integriti 2006 (IIM) Suku Akhir
  • Piala Sultan Zainal Abidin 2006 Suku Akhir