Selamat Hari Lahir.....^^. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..
Tuesday, March 31, 2009
Tautan Ukhuwah..
Kursus Etika dan Protokol
Sepanjang berlangsungnya kursus selama satu hari ini, kami semua telah diajar beberapa perkara penting seperti Etiket Sosial, Kesopanan Dalam Perbualan Sosial, Pakaian Black Tie (bagi lelaki), Keraian, Susunan Keutamaan Persekutuan, Penyediaan Aturcara Pentadbiran, Protokol Dalam Pengurusan Majlis, Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib Di Meja Makan. Segala yang dipelajari ini merupakan sesuatu yang sangat berguna bagi kami untuk diaplikasikan pada masa hadapan.
Kemuncak kepada kursus ini ialah Jamuan Makan Malam yang akan diadakan di Primula Beach Resort pada 2 April 2009 ini. Ketika ini, kami akan dinilai oleh para jemputan dan fasilitator untuk membolehkan kami mendapat sijil Training of Trainers. Diharapkan agar semua ahli Kelab DEMI yang menyertai kursus ini dapat mengaplikasikannya pada masa hadapan terutamanya untuk mengendalikan sebarang program anjuran kelab dan juga universiti.
Tuesday, March 24, 2009
Sambutan Hari Lahir Ahli DEMI (Mac, April dan Mei)
Masa : 5.00 - 7.00 petang
Tempat : Pantai INOS (berkumpul di blok IJ sebelum jam 5)
Pakaian : Kasual
Makanan : Bihun goreng, Kek Hari Jadi dan macam-macam lagi!
Aktiviti :
- bola tampar pantai
- rantaian manusia
- 'tom n jerry'
Sila bawa bersama pinggan dan gelas sendiri kerana kita menyokong kempen ' Ban White Coffin'.
Sesiapa yang berminat, anda bolehlah menghubungi James di talian 017-9338556. Harap Maklum.
Monday, March 23, 2009
Peristiwa 13 Februari 2009
senyum seindah suria,
yang membawa cahaya,
senyumlah dari hati,
duniamu berseri.
senyum umpama impian,
dalam kehidupan,
kau tersenyum, ku tersenyum,
kemesraan bagiku...^^
Monday, March 9, 2009
Lawatan Ilmiah ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
Pada 6 Mac 2009 yang lalu, delegasi UMT yang terdiri dari 33 orang pelajar diiringi 2 pegawai pengiring iaitu Puan Rozita Jayus selaku penasihat Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual dan En Shazmir Shah, pegawai asrama telah mengadakan lawatan ilmiah ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra yang terletak di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Sedikit info mengenai Memorial Tunku Abdul Rahman Putra:
Memorial ini dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11 November 1994. penubuhan memorial ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan sumbangan bakti Almarhum Tunku sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ dan juga Perdana Menteri
Kesemua bahan yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi tujuan memudahkan pelawat mengenali Almarhum Tunku secara peribadi. Antara tema-tema tersebut ialah Almarhum Tunku dan Media Maasa, Falsafah/Konsep Almarhum Tunku dan Biografi Almarhum Tunku. Selain dari itu, terdapat juga Pameran Bangunan Pejabat Lama Almarhum ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Memorial ini juga turut mengekalkan Bangunan Residensi yang di diami oleh Almarhum Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970. Bangunan Residensi yang menjadi sebahagian daripada bahagian utama memorial ini adalah salah satu tarikan utama kedatangan pelawat ke Memorial ini. Ini adalah kerana bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini masih dikekalkan bentuk asalanya dan dijadikan tempat pameran bahan-bahan asal kepunyaan Almarhum Tunku sebagai Perdana Menteri, mengikut kedudukan asal.
1. Ketibaan delegasi Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual (DEMI) UMT di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.
2. Berada di Perpustakaan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
3. Sekitar Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
Diharapkan dengan adanya lawatan ilmiah ini para peserta dapat memanfaatkan apa yang telah diperolehi sepanjang berada di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Semoga sentiasa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!