RSS

Tuesday, March 31, 2009

Kursus Etika dan Protokol

Pada 21 mac yang lalu, seramai 25 orang ahli Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual (DEMI) telah menyertai Kursus Etika dan Protokol anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta mengenai kepentingan Etika dan Protokol sebagai seorang bakal pegawai kerajaan suatu masa nanti.

Sepanjang berlangsungnya kursus selama satu hari ini, kami semua telah diajar beberapa perkara penting seperti Etiket Sosial, Kesopanan Dalam Perbualan Sosial, Pakaian Black Tie (bagi lelaki), Keraian, Susunan Keutamaan Persekutuan, Penyediaan Aturcara Pentadbiran, Protokol Dalam Pengurusan Majlis, Penyediaan Senarai Jemputan dan Tertib Di Meja Makan. Segala yang dipelajari ini merupakan sesuatu yang sangat berguna bagi kami untuk diaplikasikan pada masa hadapan.

Saudara Radhi sedang mengajar Tertib di Meja Makan

Kemuncak kepada kursus ini ialah Jamuan Makan Malam yang akan diadakan di Primula Beach Resort pada 2 April 2009 ini. Ketika ini, kami akan dinilai oleh para jemputan dan fasilitator untuk membolehkan kami mendapat sijil Training of Trainers. Diharapkan agar semua ahli Kelab DEMI yang menyertai kursus ini dapat mengaplikasikannya pada masa hadapan terutamanya untuk mengendalikan sebarang program anjuran kelab dan juga universiti.

0 comments: