RSS

Tuesday, March 31, 2009

Tautan Ukhuwah..

Pada 27 Mac 2009 yang lalu, seramai 22 orang ahli Kelab DEMI telah berkumpul di Pantai INOS, UMT bagi menjayakan Program Tautan Ukhuwah Kelab DEMI. Program ini merupakan satu program santai yang diatur bagi meraikan Hari Lahir beberapa orang ahli Kelab DEMI iaitu Hadijah, Jijah, Aini, Izzuddin, Hamka, Alia dan Mahfuzah yang lahir pada bulan Mac, Mei dan Jun.

Selamat Hari Lahir.....^^. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..


Selain itu, terdapat juga acara bola tampar pantai yang disertai oleh hampir semua ahli Kelab DEMI yang hadir. Terima kasih kepada Puan Rozita yang turut hadir bagi menjayakan program santai ini. Diharapkan selepas ini lebih ramai lagi ahli Kelab DEMI boleh turun padang bersama-sama menyertai program seperti ini.

Semoga ukhuwah kita berkekalan...AMIN.

0 comments: