RSS

Monday, March 9, 2009

Lawatan Ilmiah ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra

Pada 6 Mac 2009 yang lalu, delegasi UMT yang terdiri dari 33 orang pelajar diiringi 2 pegawai pengiring iaitu Puan Rozita Jayus selaku penasihat Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual dan En Shazmir Shah, pegawai asrama telah mengadakan lawatan ilmiah ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra yang terletak di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Sedikit info mengenai Memorial Tunku Abdul Rahman Putra:

Memorial ini dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11 November 1994. penubuhan memorial ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan sumbangan bakti Almarhum Tunku sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970.

Kesemua bahan yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi tujuan memudahkan pelawat mengenali Almarhum Tunku secara peribadi. Antara tema-tema tersebut ialah Almarhum Tunku dan Media Maasa, Falsafah/Konsep Almarhum Tunku dan Biografi Almarhum Tunku. Selain dari itu, terdapat juga Pameran Bangunan Pejabat Lama Almarhum ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Memorial ini juga turut mengekalkan Bangunan Residensi yang di diami oleh Almarhum Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970. Bangunan Residensi yang menjadi sebahagian daripada bahagian utama memorial ini adalah salah satu tarikan utama kedatangan pelawat ke Memorial ini. Ini adalah kerana bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini masih dikekalkan bentuk asalanya dan dijadikan tempat pameran bahan-bahan asal kepunyaan Almarhum Tunku sebagai Perdana Menteri, mengikut kedudukan asal.

Gambar-gambar sepanjang lawatan:

1. Ketibaan delegasi Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual (DEMI) UMT di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.


2. Berada di Perpustakaan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra



3. Sekitar Memorial Tunku Abdul Rahman Putra

Diharapkan dengan adanya lawatan ilmiah ini para peserta dapat memanfaatkan apa yang telah diperolehi sepanjang berada di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Semoga sentiasa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!

0 comments: