RSS

Monday, March 9, 2009

Lawatan Ilmiah ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra

Pada 6 Mac 2009 yang lalu, delegasi UMT yang terdiri dari 33 orang pelajar diiringi 2 pegawai pengiring iaitu Puan Rozita Jayus selaku penasihat Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual dan En Shazmir Shah, pegawai asrama telah mengadakan lawatan ilmiah ke Memorial Tunku Abdul Rahman Putra yang terletak di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Sedikit info mengenai Memorial Tunku Abdul Rahman Putra:

Memorial ini dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 11 November 1994. penubuhan memorial ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan sumbangan bakti Almarhum Tunku sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970.

Kesemua bahan yang dipamerkan adalah berdasarkan kepada tema-tema tertentu bagi tujuan memudahkan pelawat mengenali Almarhum Tunku secara peribadi. Antara tema-tema tersebut ialah Almarhum Tunku dan Media Maasa, Falsafah/Konsep Almarhum Tunku dan Biografi Almarhum Tunku. Selain dari itu, terdapat juga Pameran Bangunan Pejabat Lama Almarhum ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Memorial ini juga turut mengekalkan Bangunan Residensi yang di diami oleh Almarhum Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970. Bangunan Residensi yang menjadi sebahagian daripada bahagian utama memorial ini adalah salah satu tarikan utama kedatangan pelawat ke Memorial ini. Ini adalah kerana bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini masih dikekalkan bentuk asalanya dan dijadikan tempat pameran bahan-bahan asal kepunyaan Almarhum Tunku sebagai Perdana Menteri, mengikut kedudukan asal.

Gambar-gambar sepanjang lawatan:

1. Ketibaan delegasi Kelab Debat dan Mahasiswa Intelektual (DEMI) UMT di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra.


2. Berada di Perpustakaan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra



3. Sekitar Memorial Tunku Abdul Rahman Putra

Diharapkan dengan adanya lawatan ilmiah ini para peserta dapat memanfaatkan apa yang telah diperolehi sepanjang berada di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Semoga sentiasa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!

Saturday, February 14, 2009

Jamuan Hari Lahir DEMI

Pada 13 Februari 2009, Kelab DEMI telah menganjurkan sambutan hari lahir ahli DEMI yang lahir pada bulan Disember, Januari dan Februari. Menu pada hari tersebut ialah Nasi Ayam, Kek Hari Lahir, Kek Coklat, Kek Keju (Cheese Cake), Honeydew + Aiskrim dan air Blackcurrant. Acara bermula pada jam 3 petang, dimulakan dengan nyanyian hari lahir, upacara memotong kek dan penyampaian hadiah hari lahir oleh Puan Rozita. Ahli kelab yang diraikan pada hari tersebut ialah Wani (4 Disember), Helmy (1 Februari), Kak Intan (5 Januari), Fauzi (14 Januari), Syafiq (9 Februari), Shahrul, Ashvinder dan Kak Erny (26 Disember).
Setelah menjamu selera, kami mengadakan aktiviti sukaneka di pantai. Antara permainan yang diadakan ialah isi air dalam cawan, bom bom, regu, persembahan nyanyian dan patung formalin. Terima kasih kepada semua ahli DEMI yang hadir dan Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Wani, Kak Erny, Kak Intan, Fauzi, Helmy, Ashvinder, Shahrul dan Syafiq. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan mendapat kecemerlangan dalam hidup. Harapnya, pasa masa akan datang, lebih ramai ahli kelab DEMI yang menyertai aktiviti ini. Semoga ukhuwah kita berkekalan. Amin.

Saturday, February 7, 2009

Tahniah dan terima kasih...

Pada 1-6 Februari 2009 yang lalu, Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) telah menyertai Minggu JKPP dimana DEMI telah membuka satu gerai menjual makanan buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan DEMI. Tujuan Gerai DEMI ini diwujudkan adalah untuk menambahkan pendapatan Kelab DEMI dan memupuk kerjasama di kalangan ahli selain menambah skil dalam komunikasi dengan pelanggan.

Alhamdulillah, walaupun baru kali pertama membuka gerai, Gerai DEMI mendapat respon positif dari para pelajar UMT. Menu-menu utama yang disediakan adalah Roti Jala, Murtabak Maggi dan Sup Kentang. Manakala menu sampingan yang dijual setiap hari adalah Scallop Ayam, Wedges, French Fries, ‘Cocktail’, Kek Coklat dan Kerepek.

Ramai ahli DEMI yang turun padang dan bersama-sama memerah keringat bagi menjayakan Gerai DEMI ini. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, namun sempat meluangkan masa dan memberikan sedikit komitmen terhadap kelab. Terima kasih diucapkan kepada semua. Sekalung peghargaan juga buat Puan Rozita diatas sokongan dan bantuan yang diberikan. Semoga Kelab DEMI terus maju ke hadapan dan menjadi kelab yang cemerlang pada masa akan datang.

Tuesday, February 3, 2009

GERAI DEMI

Sempena Minggu JKPP yg akan berlangsung pada 1 hingga 6 Februari ni, Kelab DEMI akan buka satu gerai yang menjual beraneka jenis makanan.. Gerai DEMI berada pada kedudukan yang kedua dari hujung bersebelahan asrama B1 (blok perempuan).

Serbulah gerai DEMI! Macam-macam yang menarik menanti anda.....

MENU MAKANAN GERAI DEMI

Setiap hari 1-6 Februari 2009

  • Fishball - RM1 satu
  • Scallop ayam - RM1 satu
  • Squidball - RM1 satu
  • Crabball - RM1 satu
  • Nugget - RM1 satu
  • French Fries - RM1 secawan
  • Sosej - RM0.50 setiap cucuk
  • Wedges - RM1 setiap bekas
  • Hashbrown - RM1 satu
  • Cocktail - RM1 secawan
  • Kek Coklat - RM1 sepotong
  • Kerepek - RM1.30 satu paket

2 Februari 2009

  • Roti jala - RM1 setiap 4 roll + kari

3 Februari 2009

  • Murtabak maggi - RM1 sebiji
  • Popia - RM1 4 biji

4 Februari 2009

  • Coleslaw potato + roti France - RM1.50 secawan
  • Sup kentang + roti France - RM1.50 secawan

5 Februari 2009

  • Fruit salad - RM1.50 secawan
  • Fruit yogurt - RM2 secawan

Diharapkan ahli-ahli DEMI sekalian turun bersama-sama dan bekerjasama untuk menjayakan jualan di gerai ini..diharapkan kita boleh dapat untung dan tambah duit kelab...semoga berjaya!

Wednesday, January 14, 2009

STRUKTUR ORGANISASI INDUK KELAB DEBAT MAHASISWA INTELEKTUAL (DEMI) SESI 2008/2009

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Tertinggi baru Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI) sesi 2008/2009. Semoga dengan perlantikan MT dan exco baru ini dapat meneruskan perjuangan kelab dalam menjadikan Kelab DEMI sebagai sebuah organisasi yang baik dari segi pengurusan, pentadbiran dan juga dalam arena perdebatan. Semoga DEMI menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. SELAMAT BEKERJA BERSAMA!

STRUKTUR ORGANISASI INDUK KELAB DEBAT MAHASISWA INTELEKTUAL (DEMI) SESI 2008/2009

PENASIHAT : PUAN ROZITA BINTI JAYUS

PRESIDEN : NURUL HADIJAH BINTI IDRIS
NAIB PRESIDEN 1 : JAMES JAM A/K JOLLY
NAIB PRESIDEN 2 : MOHD HELMY BIN MOKHTAR

SETIAUSAHA : WAN MAHFUZAH BINTI WAN IBRAHIM
TIMBALAN SETIAUSAHA : DAYANG SYAZWANI AWANG NANAK

BENDAHARI : IZZATUL HUDA BINTI ABDUL GHAFFAR
TIMBALAN BENDAHARI : IZZUDIN BIN AZIZ

EXCO PUBLISITI :
1. ALIASHIM ALBANI
2. FARIDAH MARINCHIL

EXCO LATIHAN DAN LOGISTIK :
1. MOHD NASRUL HADI BIN AZHAR
2. ADAWIYAH MOHD NASRUDDIN

EXCO AKADEMIK :
1. HAMKA BIN JAAFAR
2. MOHD AIZAT MD HAWARI

EXCO REKREASI :
1. MUHAMMAD FAIZ BIN ROSLAN
2. ASHWINDER KAUR GILL

Maka dengan ini, diharapkan kepada semua ahli Kelab DEMI dapat memberikan kerjasama dan komitmen dalam memajukan lagi Kelab DEMI. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


Click here to get the Code



Aktiviti santai DEMI

Sungguh ceria dan menghiburkan. Terima kasih kepada Puan Rozita dan suami kerana telah menaja aktiviti yang memang sungguh bermakna dan meninggalkan kenangan terindah kepada ahli yang terlibat. Penulis berpendapat aktiviti seumpama ini memang berbaloi sekiranya dapat dijalankan pada setiap bulan memandangkan aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan diantara ahli kelab.

Kini, Kelab DEMI sudah berada pada fasa "kebangkitan" setelah lama berada pada fasa "mendatar". Aktiviti sebegini sebenarnya merupakan salah satu pemangkin yang dapat membantu kebangkitan semula kegemilangan Kelab DEMI.

Banyak aktiviti yang dilakukan pada hari itu, BBQ, mencari remis, beriadah di pantai, memasak bersama-sama dan sebagainya. Apa yang penting, setiap makanan yang ada adalah hasil masakan kami sendiri. Penulis tabik kepada Puan Rozita kerana telah berjaya menjalankan tugas selaku penasihat kelab dengan jayanya dan insyaallah dalam masa beberapa bulan lagi Kelab DEMI akan sebaris dengan kelab-kelab terkenal yang lain.

Lihat gambar dibawah, kerana ia menggambarkan segalanya...







































Apa yang penting, Kelab DEMI bukan sekadar untuk debat semata-mata. Namun kami mementingkan keakraban sesama ahli dan juga penerapan kasih sayang di antara setiap anggota. Setiap program yang dijalankan mempunyai agenda tersendiri di mana akan memberi kesenangan dan kemudahan pada masa akan datang. Semangat kerjasama, tolerensi, keyakinan dan berani perlu ada untuk kita menjadi insan yang mempunyai jati diri yang hebat.

Diharapkan Kelab DEMI terus maju pada masa yang akan datang.
SEKIAN..

Wednesday, April 2, 2008

Could we love each other?



We sharing, caring and loving each other...